Menerusi kiriman di laman Twitter miliknya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.

“Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan darinya,” katanya.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. - Bernama