Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu turut menyifatkan hantaran yang dimuat naik dalam media sosial mengenai dakwaan tersebut sebagai khabar angin.

"Pertama, itu adalah khabar angin dan kedua, siapa yang menyebarkannya?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo dan Maskot Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 di sebuah hotel di Senai, dekat sini hari ini.

Semalam, satu akaun Facebook iaitu Ops Johor memuat naik satu hantaran bertajuk 'MB Johor akan lepaskan jawatan?' dengan mendakwa dipercayai disebabkan kegagalan Sahruddin dalam menguruskan masalah pencemaran selain mendakwa menerima tekanan daripada pelbagai pihak yang kecewa dan sedih dengan pentadbiran Johor hari ini. - Bernama