Kenderaan rasmi kerajaan yang membawa Sahruddin tiba di luar pekarangan Istana Bukit Serene pada pukul 8.45 pagi melalui pintu lain bukan pintu utama istana.

Kunjungan beliau itu dipercayai berhubung pelantikannya sebagai Menteri Besar Johor baharu menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan menerima surat pelantikan jawatan Osman dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi di sini. - K! ONLINE