Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemberian sagu hati itu bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan pertengahan bulan depan.

"Kita akan bayar sagu hati tersebut dalam masa terdekat membabitkan peruntukan sebanyak kira-kira RM4 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Seramai 100 penjawat awam negeri daripada beberapa agensi menerima anugerah berkenaan. - Bernama