Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan menyaksikan Sabah dan Selangor masing-masing membolos gol lawan pada separuh masa kedua perlawanan.

Anak buah kendalian Jelius Ating hampir tersungkur di laman sendiri setelah pemain Selangor, Sean Eugene Selvaraj terlebih dahulu memberi gol pertama buat Gergasi Merah pada minit ke-78.

Tidak menunggu lama, pasukan Sabah memerah keringat mencari gol persamaan selang empat minit selepas itu hasil sepakan Rahman Shaj Marajeh pada minit ke-82.

Pemain gantian Sabah, Ricco Nigel Milus mencipta kejutan apabila menghadiahkan mata  kedua buat pasukan itu pada minit ke-90.

Bagaimanapun, Selangor dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil pada minit terakhir perlawanan gagal mencari mata penyamaan.

Perlawanan tamat dengan catatan markah 2-1. - K! ONLINE