Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, IPU Kota Kinabalu mencatatkan IPU paras tertinggi iaitu 68 diikuti Keningau (65); Kimanis (61) dan Sandakan (52), manakala pulau bebas cukai Labuan mencatatkan IPU 66.

Daerah Tawau pula mencatatkan IPU udara bersih 45.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah bahaya.

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. - K! ONLINE