RUU tersebut meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak mengundi menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Pindaan itu juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Ketika ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selepas bacaan kali kedua, sesi perbahasan akan dilaksanakan oleh beberapa Ahli Dewan Rakyat sebelum sesi pergulungan yang dijangka diadakan pada petang ini. - K! ONLINE