Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, majlis berkenaan bermula 10 pagi hingga 2 petang.

"Semua dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri. Datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka," menurut entri berkenaan. - Bernama