Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail,38, bagaimanapun memilih untuk membiarkan segala persoalan tentang hubungan mereka dijawab oleh suaminya, Zulkifli Majid atau Zul 2by2.

“Tanya pada abang zul apa yang jadi.

“Jangan tanya saya,”balasnya ringkas menerusi mesej WhatsApp kepada Kosmo!, sebentar tadi.

Pasangan yang berkahwin pada tahun 1998 ini pernah berdepan kontroversi apabila Zul dikatakan bernikah lain namun ia dinafikan oleh komposer tersebut.

Usaha mendapatkan komen Zul tentang hal ini tidak berhasil apabila dia tidak memberi sebarang respon kepada mesej dan panggilan yang dibuat kepadanya. - K! ONLINE