Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pada pukul 5.34 petang.

“Seramai 18 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati bahawa api sedang marak sebelum kebakaran di rumah dua tingkat itu berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kebakaran tersebut menyebabkan kediaman berkenaan musnah sebanyak 70 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya. - K! ONLINE