Dalam kongres yang diadakan di Seri Kembangan itu, seramai 52 daripada 96 ahli gabungan yang hadir sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai presiden FAS sementara dua lagi naib presiden iaitu Datuk Ariffin Ab Hamid dan Omar Ali dilantik melalui proses pemilihan semula.

Keputusan tersebut secara tidak langsung telah mengenepikan jawatan naib presiden, Izhar Moslim dan Johan Kamal Hamidon yang juga setiausaha FAS yang dilantik RMS Julai lalu.

Sementara 13 Ahli Jawatankuasa Eksekutif lain memperlihatkan muka baharu selepas EGM dilakukan.

Kongres tersebut dianggap sah mengikut Artikel 34.1 Statut Persatuan Bola Sepak Selangor 2010 meskipun wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia tidak hadir  setelah dihantar jemputan. - K! ONLINE