Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peruntukan tersebut disediakan bagi membantu peneroka Felda melunaskan tiga kategori bayaran tertunggak iaitu bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta yang melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia.

“Bayaran juga diberikan kepada Felda Technoplant Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43 juta.

“Peruntukan itu juga digunakan untuk bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32 juta yang memberi manfaat kepada 38,000 orang peneroka Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak kementerian akan menyalurkan peruntukan tersebut kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia Felda. - K! ONLINE