Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman berkata, justeru beliau mahu setiap guru Kafa yang dilantik sentiasa ikhlas dalam mendidik pelajar beragama Islam mengenai asas agama sebagaimana sukatan pelajaran yang  ditetapkan.

"Walaupun kita menerima laporan ada guru Kafa yang tidak berdisiplin, malas mengajar dan datang lewat, namun saya tidak mahu tugas yang diamanahkan dijalankan sambil lewa dan tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

"Sikap segelintir guru Kafa itu hanya mencerminkan amalan tidak baik dan sekali gus kualiti perkhidmatan mendidik murid beragama Islam akan terjejas" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Guru Kafa Sesi 2018 Parlimen Gua Musang di Dewan Sekolah Menengah Sains Gua Musang di sini, hari ini. - Bernama