Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak RM1.84 juta peruntukan disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk penerima dan tambahan RM500 daripada kerajaan negeri turut disalurkan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan diterima berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga.

"Mangsa banjir di daerah Dungun, Marang dan Besut merupakan penerima terawal agihan wang ihsan tersebut iaitu pada Selasa lalu diikuti daerah Setiu.

"Bagi daerah-daerah lain seperti Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Kemaman pula, pengagihannya dijangka selesai awal bulan April ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Perutusan Amanat Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena sambutan Hari Ulang Tahun APM ke-66 peringkat negeri di sini hari ini. - K! ONLINE