Pada pukul 9.02 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1310/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1340 pada paras penutup Jumaat.

Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Dagangan SPI Asset Management, Stephen Innes bagaimanapun berkata, perangsang pasaran bagi ringgit ketika ini adalah faktor harga minyak serta sentiment perdagangan positif antara Malaysia dan China.

"Ketika dolar AS terus mengukuh sejak minggu lepas berikutan pengumuman keluaran dalam negara kasar AS yang lebih baik daripada dijangkakan, mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit memerlukan pemangkin lain untuk merangsangkan lagi nilai mata wang itu kerana harga minyak biasanya tidak menentu," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0330/0362 daripada 3.0306/0332 dan turun berbanding pound British kepada 5.3368/3424 daripada 5.3302/3362.

Ringgit jatuh berbanding yen kepada 3.7006/7052 daripada 3.6966/6997 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6061/6109 daripada 4.6007/6044. - Bernama