Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2180/2210 berbanding dolar AS daripada 4.2150/2200 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, kerugian itu bagaimanapun dihadkan oleh harga minyak yang lebih tinggi semalaman, yang menyaksikan harga minyak Brent meningkat 0.8 peratus kepada AS$61 setong.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, mata wang Asia kemungkinan akan mengekori dolar AS namun tidak pada tahap yang tinggi.

"Harapan untuk peningkatan perdagangan ke rantau yang berkait rapat dengan China, akan mengehadkan kerugian dalam mata wang tempatan," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0367/0404 daripada 3.0370/0410 pada Khamis, dan tinggi berbanding yen kepada 3.9628/9667 daripada 3.9671/9729.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6622/6659 daripada 4.6685/6745 semalam dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.1379/1433 daripada 5.1381/1446. - Bernama