Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes bagaimanapun menegaskan dengan mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah yang akan datang, peningkatan dijangka terhad.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 3.9870/9920 daripada 3.9860/9900 dicatatkan semasa ditutup semalam.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang pagi ini.

Ia naik berbanding pound British kepada 5.3226/3309 daripada 5.3281/3342 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6150/6205 daripada 3.6223/6263 pada Isnin.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 2.9807/9856 daripada 2.9855/9897 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6835/6906 daripada 4.6987/7054 dicatatkan sebelum ini. - Bernama