Pada pukul 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0770/0820 berbanding dolar daripada 4.0800/0850 pada penutupan Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata, tindakan bank pusat China menetapkan bank-bank mengekalkan kadar rizab bersamaan 20 peratus kedudukan hadapan dolar pelanggannya menjadikan ia lebih mahal bagi membeli yuan membantu mata wang China melantun naik daripada paras terendah dalam tempoh 15 bulan berbanding dolar.

"Yuan yang lebih kukuh akan memperkukuh mata wang pesat membangun Asia," katanya.

Sementara itu, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9840/9887 daripada 2.9770/9811 pada Jumaat, rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6631/6679 daripada 3.6523/6574.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2854/5935 daripada 5.3064/3146, dan tinggi berbanding euro kepada 4.7134/7208 daripada 4.7222/7292 sebelumnya. - Bernama