Pada pukul 9.20 pagi, unit tempatan berada pada 4.1270/1300 berbanding dolar AS daripada 4.1370/ 1400 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS susut berbanding kebanyakan mata wang daripada kenaikan pada awal minggu, selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell memberi kenyataan yang tidak menggalakkan mengenai prospek ekonomi AS malam tadi.

Powell berkata, aliran konflik seperti ketegangan perdagangan dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global telah memberi kesan kepada aktiviti dan unjuran ekonomi AS.

Ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8163/8195 daripada 3.7985/7017 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0390/0428 daripada 3.0392/0426.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6462/6500 daripada 4.6425/6476 namun meningkat berbanding pound kepada 5.1604/1658 daripada 5.1646/1700. - Bernama