Pada pukul 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar AS daripada 3.9050/9080 pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, selain itu, harga minyak yang lebih tinggi berikutan laporan mengenai penurunan inventori minyak mentah di kemudahan penyimpanan US Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.32 peratus lebih tinggi kepada US$65.75 setong.

Di peringkat tempatan, Innes berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar kadar faedahnya yang stabil minggu ini dengan keutamaan bank pusat kepada ringgit yang lebih kukuh sebagai elemen untuk mengetatkan keadaan monetari, dan ekonomi terus bertambah baik sepanjang 2018.

"Secara keseluruhannya, kenyataan BNM akan memberi manfaat kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon.

"Bagaimanapun, berdasarkan mata wang semasa yang lemah di pasaran serantau, ia dijangka kurang menggalakkan," kata Innes. – Bernama