Setakat pukul 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9650/9710 berbanding AS$ daripada 3.9650/9700 yang dicatatkan pada Rabu.

Peniaga berkata, sebilangan pelabur kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pengumuman bank pusat manakala sentimen pasaran bagi peringkat tempatan juga lengang selain minat lebih tinggi terhadap AS$ susulan kenaikan hasil Perbendaharaan AS.

"Saya menjangkakan AS$ berbanding ringgit akan meningkat lebih tinggi dalam jangka pendek sejajar dengan AS$ berbanding kumpulan mata wang Asia yang lebih luas," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen.

Nota tempatan diniagakan tinggi berbanding yen kepada 3.5931/5989 daripada 3.5993/6042 pada Rabu.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9583/9643 daripada 2.9530/9569 semalam dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.3698/3795 daripada 5.3416/3500.

Mata wang tempatan juga turun berbanding euro kepada 4.6827/6913 daripada 4.6811/6886 yang direkodkan semalam. - Bernama