Rakan Pengurusan Vanguard Markets, Stephen Innes berkata, trend itu dijangka kekal sehingga data senarai gaji bukan ladang AS diumumkan pada Jumaat dan memegang kunci kepada mana-mana unjuran pengurangan kadar Fed.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 semasa ditutup pada Isnin.

Mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung perang perdagangan antara AS dan China, Innes berpendapat gencatan perang perdagangan mungkin bersifat sementara dan trend yang lebih membina untuk mata wang sedang pesat membangun Asia berbanding euro.

"Sebarang pengurangan kadar akan memberi impak negatif kepada ringgit.

"Pasaran juga terus cenderung kepada kedudukan bahawa AS boleh meningkatkan ketegangan perdagangan sekali lagi dan semakin lama gencatan tersebut, semakin positif ini boleh menjadi sentimen risiko," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8174/8222 daripada 3.8181/8234 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6712/6773 daripada 4.6816/6890.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.2342/2397 daripada 5.2279/2359 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0517/0558 daripada pada Isnin. – Bernama