Pada 9.02 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1540/1590 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa sebanyak 4.1450/1500.

Seorang peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah, ditambah dengan kebimbangan sama ada Amerika Syarikat dan China akan dapat menyelesaikan perang perdagangan mereka berikutan rundingan baru-baru ini, juga menghambat minat pelabur.

"Faktor ini juga mempengaruhi prestasi ringgit," tambahnya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0399/0455 daripada 3.0393/0441 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.6813/6867 daripada 3.6756/6810.

Bagaimanapun, berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7102/7163 daripada 4.7299/7376 dan meningkat berbanding pound kepada 5.2810/2886 daripada 5.3089/3166. - Bernama