Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0570/0600 berbanding dolar AS daripada paras 4.0550/0600 sewaktu ditutup semalam.

"Kalangan peniaga tempatan masih menunggu petunjuk daripada pihak Bank of Japan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta data penggajian bukan perladangan.

"Bagaimanapun, harga minyak akan kekal sebagai menyokong ringgit manakala sentimen pasaran negara sedang pesat membangun Asia pula terus mempengaruhi pergerakan harga," katanya.

Sementara itu, berbanding kelompok mata wang utama lainnya, ringgit turut diniagakan lebih rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9802/9842 daripada 2.9761/9809 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6559/6593 daripada 3.6509/6563 yang dicatatkan pada Isnin.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.3252/3308 daripada 5.3202/3283 dan rendah berbanding euro kepada 4.7491/7530 daripada 4.7379/7445. - Bernama