Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.0605/0645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0600/0650 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka terus bergelut dalam keadaan kebimbangan akan kesan perang perdagangan ke atas ekonomi China.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9806/9851 daripada 2.9763/9806 dan susut berbanding yen kepada 3.6568/6611 daripada 3.6508/6562.

Berbanding pound British, ringgit berkurangan kepada 5.3225/3298 daripada 5.3117/3199 dan turun berbanding euro kepada 4.7341/7392 daripada 4.7193/7264. - Bernama