Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 3.9810/9860 berbanding paras 3.9790/9830 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, meskipun sentimen risiko yang lebih baik sedikit berikutan berita positif rundingan Korea Utara-Amerika Syarikat, situasi sukarnya adalah berkaitan perbincangan hutang kerajaan.

"Ringgit dijangka mengulangi prestasi minggu lepas, kemungkinan dalam jajaran paras sokongan dan zon ketahanan 3.95-4.00.

"Keadaan tidak menentu politik tempatan masih kekal satu risiko, tetapi faktor luaran dijangka memacu momentum di mana mata wang pasaran sedang pesat membangun, secara umumnya, akan terus berada di bawah tekanan apabila dolar AS kekal berada di kedudukan kukuh berbanding euro menghala ke hujung minggu," katanya.

Mengenai perkembangan lain, beliau berkata, harga minyak kelihatan berat daripada perspektif fundamental dan teknikal, membayangkan trend kenaikannya mungkin akan berakhir.

Dan ini akan memberikan lagi tekanan kepada sentimen ringgit, katanya.

Sementara itu, unit tempatan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.2983/3070 daripada 5.3128/3197 dan tinggi berbanding euro pada 4.6574/6644 daripada 4.6606/6665 pada Jumaat.

Ringgit turut naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9698/9753 berbanding 2.9721/9753 tetapi turun berbanding yen kepada 3.6373/6328 daripada 3.6348/6391 pada Jumaat. - Bernama