Pada pukul 9.15 pagi, nota tempatan disebut harga pada 3.9250/9280 berbanding dolar AS daripada 3.9060/9100 pada Selasa

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9629/9663 daripad 2.9613/9646 pada Selasa, susut berbanding pound British kepada 5.4585/4631 daripada 5.4500/4560 dan rendah berbanding yen kepada 3.6597/6628 daripada 3.6488/6539.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding euro kepada 4.8022/8075 daripada 4.8161/8222, semalam. - Bernama