Pada pukul 9.04 pagi, ringgit berada di paras 4.2120/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata buat pertama kalinya, aktiviti pembuatan AS bagi Ogos merosot dalam tempoh tiga tahun dengan mencatat angka 49.1 berbanding 51.2 pada Julai.

"Berikutan data lebih lemah ini, penggiat pasaran yakin pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan melaksanakan lebih banyak pusingan untuk menurunkan kadar faedah. Faktor ini menjadikan ringgit dilihat lebih menarik untuk para pelabur," katanya.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.9770/9838 daripada 3.9793/9851.

Ringgit juga lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0293/0348 daripada 3.0283/0328, tinggi berbanding euro kepada 4.6227/6297 daripada 4.6167/6238 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0910/1000 daripada 5.0585/0658, sebelum ini. - Bernama