Beliau juga memberi tahu Bernama, prestasi ringgit yang lebih baik itu adalah disebabkan oleh harga minyak yang terus menyokong unit tempatan meskipun pada hakikatnya harga tidak menghampiri paras tinggi tahunan.  

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.0600/0650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0630/0680 pada Selasa.

Beliau juga berkata, kebanyakan hari pasaran mata wang termasuk ringgit menjejaki indeks dolar dan perkara yang sama turut dijangkakan pada hari ini.

Indeks dolar jatuh 0.04 peratus kepada 94.5730. 

"Selain keadaan lembap musim panas, pasaran juga bakal dipengaruhi beberapa peristiwa semasa yang kritikal," katanya. 

Sementara itu, unit tempatan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain. 

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.6488/6536 daripada 3.6534/6589 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7449/7520 daripada 4.7496/7571.

Unit tempatan diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.9761/9809 daripada 2.9770/9811 tetapi susut berbanding pound British kepada 5.3373/3463 daripada 5.3278/3360 sebelumnya. - Bernama