Kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu turut mengakibatkan mangsa, Marziah Che Omar, 27, digilis sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang wanita itu terkena zink yang melayang akibat angin kencang sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya.

"Pada masa sama, zink tersebut melayang dan menutup cermin depan sebuah kereta yang datang dari arah belakang menyebabkan penglihatan pemandu terhalang sebelum dia tergilis mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. - K! ONLINE