Antara kawasan terjejas ialah Sungai Air Tawar, Parit Baru, Sungai Lang, Teluk Rhu, Bagan Nakhoda Omar, Tebuk Pulai, Sungai Besar dan Sekinchan dalam kejadian bermula pukul 1.15 pagi. 

Gambar dan video kejadian ribut itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook dianggap kejadian seumpamanya berlaku di daerah tersebut. 

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Pa Uban' memuat naik status banyak bumbung rumah penduduk diterbangkan angin. 

"Sungai Apong banyak zink rumah diterbangkan angin. Bagaimana tempat anda?. Semoga semuanya selamat," katanya. 

Bagi pemilik akaun 'Fyzzan O'manje berharap Sabak Bernam dan Sungai Besar selamat.

"Berdoa untuk Sabak Bernam dan Sungai Besar," katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail ketika dihubungi memaklumkan menerima banyak aduan kerosakan berhubung insiden tersebut. 

"Kita sedang berusaha mengumpul data pemilik rumah terlibat akibat kejadian berkenaan dan berharap agensi kerajaan segera membantu," katanya. 

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor) sehingga jam 4 pagi tadi. - K! ONLINE