Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerima 150 aduan manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terima 152 aduan berhubung kejadian pokok tumbang yang kebanyakan menghalang lalu lintas dan merosakkan harta benda.

"Kerja-kerja pembersihan telah dimulakan sejak malam tadi di mana 815 anggota MBPP dan MPSP bertugas untuk membersihkan ranting pokok yang menghalang lalu lintas," katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang dan Yang Dipertua MPSP Datuk Rozali Mohamud di sini, hari ini.

Hampir 90 peratus daripada kawasan yang terlibat dengan pokok tumbang di negeri ini dapat dibersihkan oleh anggota Pihak Berkuasa Tempatan.

Jagdeep, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat berkat,a 20 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Masjid Hashim Yahaya manakala enam keluarga melibatkan 31 mangsa dipindah ke dua pusat permindahan di Juru Seberang Perai. - Bernama