Polis menganggarkan sekitar 35,000 orang sanggup berarak sejauh lima kilometer dari Taman Kelvingrove ke Glasgow Green sebaliknya, penganjurnya, “All Under One Banner” pula berkata, ia melibatkan kira-kira 60,000 orang.

Perarakan  tahunan itu dikatakan semakin meningkat sejak 55 peratus penduduk Scotland menyokong usaha menuntut kemerdekaan dari Britain pada tahun 2014.

Timbalan Ketua Parti Kebangsaan Scotland, Keith Brown turut hadir pada perarakan yang diadakan semalam.

“Saya telah menyeratai perarakan seumpama ini sejak 35 tahun tetapi tidak pernah melihat kesesakan orang ramai seperti ini,” katanya.