Kejadian pada pukul 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 17 tahun dan berasal dari Tanjung Piandang dekat sini putus kepala.

Difahamkam, kemalangan tersebut menyebabkan kepala dan badan mangsa terpisah sejauh empat meter

Rakan mangsa yang memandu kenderaan jenis Isuzu D-Max bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Sewaktu kejadian, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan tersebut setelah kenderaan berkenaan bertembung dengan kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 6.30 pagi dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya. - K! ONLINE