Tertuduh berusia 16 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing kira-kira pukul 1 petang pada 4 Mac 2018.

Kesalahan itu, didakwa dilakukan di belakang kedai perabut, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), namun dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 601) kerana masih di bawah umur.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Zamri [email protected]

Difahamkan tindakan remaja berkenaan telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial dan menjadi tular. - K! ONLINE