Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mayat J. Aishwar ditemui terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1.15 petang selepas hilang kira-kira 1 petang semalam semasa berenang bersama-sama sembilan rakannya dari Teluk Nipah ke Pulau Giam.

Beliau berkata, Aishwar, 18, yang berasal dari Pulau Pinang, tiba di pulau peranginan itu pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.

"Semasa berenang, lapan daripada mereka berpatah balik ke Teluk Nipah manakala dua lain termasuk mangsa meneruskan renangan ke Pulau Giam. 

"Lapan lelaki yang berpatah balik itu kemudian menunggu di Teluk Nipah namun, hanya seorang sahaja yang kembali ke Teluk Nipah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama