Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Aiswar datang ke pulau peranginan tersebut untuk berkelah.

Pemangku Ketua Zon 3 Perak, Rosli Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 1.56 petang sebelum sepasukan anggota dan jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pencarian.

"Keadaan air kini adalah surut dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Sehingga pukul 5 petang ini, masih tiada sebarang penemuan dan operasi mencari dan menyelamat  masih berjalan. - Bernama