Remaja berkenaan, Sofian Sahar, 14, dikatakan hanyut dibawa arus ketika cuba menyeberangi sungai tersebut pada pukul 6.30 petang bersama rakan-rakannya.

Tujuh rakannya itu turut hanyut dibawa arus, namun sempat diselamatkan orang awam yang berada di kawasan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak, Penolong Penguasa Bomba Suhairul Ibrahim berkata, tujuh anggota serta pegawai ditugaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan orang awam.

"Mangsa tinggal di Agropolitan Chemomoi dan dilaporkan hilang ketika cuba menyeberangi sungai.

“Dua jentera serta sebuah bot penyelamat turut digunakan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat di sekitar sungai itu.

"Usaha mengesan kedudukan mangsa masih diteruskan hari ini dengan bantuan Bomba Sukarela Pelangai, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta polis,” katanya. - K! ONLINE