Mayat Sofian Sahar, 14, ditemui terapung di tebing sungai tersebut kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang pada pukul 6.30 petang Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui oleh anggotanya ketika membuat rondaan di tebing sungai.

Rabu lalu, Sofian dilaporkan lemas ketika berenang menyeberangi sungai itu bersama tujuh lagi rakannya yang turut dihanyutkan arus deras.

Rakan-rakannya bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk yang berada di kawasan berhampiran. - K! ONLINE