Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid menetapkan tarikh pendengaran baharu selepas membenarkan permohonan peguam M. Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa bertindak kuil itu, bagi penangguhan pendengaran.

Visvanathan memberitahu mahkamah beliau mahu memfailkan afidavit jawapan kepada afidavit Jabatan Peguam Negara yang diserahkan kepadanya semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah tidak membantah permohonan bagi penangguhan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Datuk Lau Bee Lan. - Bernama