Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar dalam satu kenyataan berkata, pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka besertakan dokumen  berkaitan melalui e-mel ke alamat [email protected]

Beliau mengesahkan bas yang terbabit dalam insiden berkenaan berada dalam keadaan baik semasa digunakan.

Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat berhubung kejadian pukul 8 malam itu, insiden berkenaan bermula apabila bas itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

Kapten (pemandu) bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam. - Bernama