Beliau tiba di pejabat agensi berkenaan dengan ditemani peguamnya, Datuk Aljit Singh Jessy kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng hadir ke pejabat SPRM berhubung perkara sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan yang pihaknya akan memanggil dua Exco Kerajaan Pulau Pinang untuk diambil keterangan namun enggan mengulas lanjut. - K! ONLINE