Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca waspada itu dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri, Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau,Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat. - Bernama