Pengerusi MyCare, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, Mohd. Afandi yang merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan berlepas ke Palermo, Italy bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza selama 10 bersama 25 aktivis daripada pelbagai negara.

"Misi tersebut menggunakan laluan laut di mana pelayaran tersebut akan merentasi 13 pelabuhan utama dunia di 10 buah negara sebelum berakhir di Gaza, Palestin. 

"Misi solidariti flotila “Right to A Just Future for Palestine” anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza ini akan membawa bekalan ubat-ubatan bagi membantu penduduk Palestin yang sengsara selepas serangan kejam Israel baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurut Hafidzi, sehingga kini, sejumlah 24 kotak bekalan peralatan dan ubat-ubatan berjaya dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Hospital Pakar An-Nur. 

"Misi ini sangat penting bagi membuka mata masyakat antarabangsa bahawa Gaza kini berada dalam keadaan sangat kritikal setelah diserang Israel menyebabkan 10,000 penduduk cedera terkena serpihan tembakan dan mereka amat memerlukan ubat-ubatan, manakala lebih 100 orang mati syahid," katanya.

Jelas Hafidzi lagi, antara keperluan alatan dan ubat-ubatan yang dibawa ialah jarum suntikan, kain kasa, syringes, iv lines, iv antibiotic dan sutures.

Ini antara keperluan yang  mendesak akibat kecederaan yang dialami oleh penduduk Gaza ketika demontrasi aman “Great Return March”.

Sementara itu, Mohd. Afandi berkata, beliau yang telah tiga kali menjejak kaki di bumi Gaza berasa bertuah dipilih berada di fasa terakhir dan mengharapkan doa dari rakyat Malaysia agar misi ini berjaya selain mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Misi yang telah memasuki dua bulan menggunakan kapal Al-Awda yang bermaksud pulang dilengkapi kru, tukang masak dan dua orang pasukan medik akan belayar melalui terusan Inggeris itu juga akan disertai dua kapal kecil daripada Sweden. 

Terdahulu, 12 aktivis Malaysia telahpun berlepas ke beberapa negara, mereka bersilih ganti menaiki kapal di lokasi berasingan. - K! ONLINE