“Kementerian ingin mengesahkan sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan melibatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Kementerian melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) di Taipei sedang memantau rapi situasi ini.

Rakyat Malaysia yang menetap di Taiwan dinasihatkan agar berhati-hati dan berhubung dengan MFTC serta mematuhi semua arahan dan nasihat keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi MFTC di Tingkat 8, San Ho Plastic Building, 102, Dun Hua North Road, Taipei.

Mereka boleh menghubungi talian +(886) 22713 2626 or +(886) 905 121 171 (bagi kes kecemasan) atau e-mel [email protected]

Dilaporkan tujuh orang terkorban dan lebih 250 cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda wilah Hualien yang terletak kira-kira 165 kilometer di tenggara Taipei. - Bernama