Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata, sejak lima tahun yang lalu, peratusan pola perjalanan telah meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun.

"Walaupun persepsi ekonomi tidak berapa bagus tetapi rakyat Malaysia secara jujur suka melancong.Kalau tidak boleh pergi tempat yang jauh, mereka akan melancong ke destinasi domestik dan ASEAN.

"Pada pemeran MATTA ini, kita menyaksikan trend ke arah destinasi lebih murah  seperti China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Jepun," kata beliau pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran MATTA Pulau Pinang oleh Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, di sini hari ini.

Beliau berkataketika nilai ringgit Malaysia semakin kukuh, ia juga menunjukkan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.

"Kami juga gembira apabila mengetahui bahawa ramai pelancong dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai jualan pada Pameran MATTA, Tan berkata Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kuching, Kota Kinabalu dan Melaka mencatatkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tan berkata pelancongan domestik adalah salah satu daripada penjana utama dalam industri pelancongan.

Menurut Kajian Pelancongam Domestik  2016, Pulau Pinang mencatatkan ketibaan pelancong doestik kedua tertinggi di negara ini dengan sejumlah 89.3 juta pelancong dan mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus berbanding 176.9 juta pada 2015.

Sejumlah 134 gerai pameran terdapat pada Pameran MATTA Pulau Pinang yang berakhir pada 1 April. - Bernama