Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai berkata "pihaknya sedang memantau dengan teliti keadaan dan ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia di Kerala supaya berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu."

"Rakyat Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan ke Kerala juga dinasihatkan untuk menunda perjalanan yang tidak perlu sehingga keadaan cuaca bertambah baik," menurut nasihat perjalanan oleh Konsulat Jeneral.

Lapangan Antarabangsa Cochin, hab pengangkutan utama, telah menggantung operasinya sehingga 26 Ogos.

Pengangkutan kereta api dan jalan raya telah terjejas dan mereka yang terkandas di kawasan-kawasan ditenggelami air berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan.

Banyak kawasan di Kerala dilanda hujan lebat dengan puluhan orang maut dilaporkan dari daerah Thrissur, Idukki dan Malappuram. - Bernama