Kejadian kira-kira pukul 5.47 pagi itu telah menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok.

Marzuki yang ditemui ketika Majlis Makan Durian dan pelancaran Skuad Rakan Muda Masjid Al-Mubarak, Permatang Bogak, Kepala Batas di sini sebentar tadi berkata, saranan itu dibuat berikutan keadaan yang tidak menentu di Lombok pada ketika ini.

Dalam kejadian itu, seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30, dilaporkan meninggal dunia, manakala enam lagi cedera dalam bencana tersebut.

Menurut Marzuki, setakat ini pihaknya masih mengumpul maklumat mengenai mangsa yang terlibat daripada pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia sebelum usaha membawa pulang mangsa.

Beliau berkata, pihak Wisma Putra setakat ini juga sedang mengenal pasti sekiranya ada warga Malaysia yang berada di Lombok pada ketika ini. - K! ONLINE