Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook turut menyebut: "Mengikut laporan terkini juga, akan terdapat kebarangkalian kejadian gempa susulan. Stay safe, be patient, God willing (Jaga siri, bersabar, Insya-Allah)."

Bagi sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi bilik operasi kedutaan di Tokyo pada talian 81-90-6423-9662.

Setakat ini, 16 orang telah disahkan terkorban, 26 hilang manakala 300 lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 menggegarkan wilayah Hokkaido di utara Jepun pada awal Khamis, lapor agensi berita China Xinhua. 

Gempa itu melanda Hokkaido pada pukul 3.08 pagi waktu tempatan awal Khamis (1808 GMT Rabu), dan pusat gempa terletak di latitud 42.7 darjah utara serta longitud 142.0 darjah timur dengan kedalaman 40 kilometer.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata gempa itu berukuran melebihi 6 pada skala intensiti seismik Jepun (skala maksimum adalah 7) di sesetengah kawasan dalam wilayah Hokkaido dengan ia turut mencetuskan kejadian tanah runtuh.  

Ini adalah kali pertama gempa bumi di Hokkaido mencecah intensiti melebihi angka 6 sejak skala seismik itu disemak semula pada 1996. - Bernama