Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, budaya tersebut perlu diterapkan dalam kalangan rakyat di negara ini terutama pada musim perayaan berikutan peningkatan kadar sisa pepejal harian hampir setiap tahun.

"Bulan Ramadan lalu kita telah membazirkan banyak makanan dan sebahagian besarnya adalah makanan yang tidak disentuh. 

"Budaya membazir ini sangat merugikan kerana makanan berlebihan yang tidak dimakan itu sepatutnya boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di sini hari ini. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bahagian Shah Alam, Hamidi Abu Bakar.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, majlis rumah terbuka tersebut diadakan bagi menghargai sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan di DUN Batu Tiga sekaligus memberi kemenangan kepadanya sebagai ADUN di kawasan berkenaan. 

 "Ini adalah perjumpaan yang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat mengalakkan," ujarnya. - K! ONLINE